Posts

Showing posts from September, 2016

T-shirt Prasekolah 2017

Phew phew.. Hari ni selesai jaa sesi pengajaran, dalam lingkungan jam 12.15 tengah hari, berpusu-pusu waris dan penjaga bakal murid prasekolah 2017 datang. Yela hari ni kami minta waris datang sebab nak ambil saiz tshirt budak-budak.. Ambil saiz awal boleh tempah awal dan automatik siap awal. Haa dalam ramai-ramai bakal murid 2017 yang datang tadi ada jugak yang dah mula tunjuk belang.. Aipp aipp nampak gayanya Ckgu kena tegas laa tahun depan hihihi.. Selepas selesai ambil saiz tshirt, waris dan penjaga pun mula beransur pulang. Alhamdulillah dalam jam 1.20 petang semua dah selesai.

Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan ♥

Image
Merdeka! Merdeka! Merdeka! Laungan keramat yang sentiasa memberi semangat. Bagi tahun 2016, pelbagai acara yang telah dianjurkan sempena bulan kemerdekaan antaranya pertandingan mewarna, melukis poster, kuiz, teka silang kata, basikal berhias, pakaian beragam dan koir. Semuanya bertemakan kemerdekaan. Salam kemerdekaan dan tahniah diucapkan kepada murid2 Prasekolah Potensi yang memenangi pertandingan mewarna.

Kenangan Bijak Prasekolah!

Image
Eh eh ada lagi ni haa.. Tak habis lagi ni ada lagi gambar2 untuk tatapan semua hehe.. Tahniah dan selamat maju jaya utk masa hadapan ye anak2 Prasekolah Potensi SK Lui Timur. Muka bahagia dan muka teruja semuanya nih. Senyum selalu ye. Haa cikgu2 pon tak lepas peluang bergambar jugak tuu hehe. Jawab jangan tak jawab. Baca elok2 bagi faham. Amboi cari apa tuu. Jawab cepat! Fokus betul dia hehe.

KARNIVAL BIJAK PRASEKOLAH

Image
Pada 22 September 2017, SK Lui Timur telah bekerjasama dengan 2 buah sekolah lagi iaitu SK Lui Muda dan SK Lui Selatan bagi mengelolakan Program Karnival Bijak Prasekolah dengan kerjasama PPD Jempol Jelebu. Pertandingan ini telah diadakan di Kompleks Rakan Muda Bandar Seri Jempol. Terima kasih kepada semua guru yang sabar menunggu dan tahniah buat semua anak2 prasekolah PPDJJ. Sesi Pendaftaran Peserta. Sarapan Pagi. Bacaan Doa dan Majlis Perasmian. Bilik Bijak Bahasa Bilik Bijak Matematik Bilik Smart Speller Penerangan utk para peserta oleh hakim pertandingan.

KSPK Semakan 2017

Assalamualaikum rakan-rakan blogger. Hai cikgu-cikgu prasekolah semua.. Semua dah pergi dengar kursus tentang KSPK semakan 2017 ke?? PPD Jempol Jelebu baru selesai kursus 2 hari berturut-turut iaitu 19 dan 20 September 2016 di SK Tunku Muda Serting. Macam mana semua cikgu faham tak lepas dengar kursus tu? Kalau saya alhamdulillah faham tuu faham tapi sebab belum aplikasi lagi kan jadi masih blurr jugak sikit-sikit tuu..hehehe Insya-Allah nanti tahun depan kita apply sama-sama ye =)